Biografi Singkat Thomas E. Kurtz ~ Prayogo Official

Inspira Karya Cipta

3.11.14

Biografi Singkat Thomas E. Kurtz

Dilahirkan di Oak Park, Illinois, Kurtz menyertai Knox College di Galesburg, Illinois, dengan tujuan untuk mengambil fizika sebagai mata pelajaran utamanya. Bagaimanapun, atas cadangan penasihatnya agar mempertimbangkan kerjaya statistik yang memberikannya peluang untuk menggunakan kemahiran matematiknya pada banyak masalah saintifik, Kurtz menukarkan mata pelajaran utama pada tahun terakhir kursusnya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang matematik pada 1950.

  Pada 1951, pengalaman pertama Kurtz dalam pengkomputan datang sewaktu menyertai Sesi Musim Panas di Institut Analisis Berangka, University of California, Los Angeles (UCLA). Minatnya sejak waktu itu termasuk analisis berangka, statistik, dan sains komputer. Kurtz kemudian menerima ijazah kedoktorannya daripada Princeton University pada 1956. Di sana, beliau menjadi penasihat kepada John Tukey lalu menyertai Pusat Pengajian Matematik di Dartmouth College sebagai pensyarah pada tahun yang sama. 

 Pada 1963/64, Kurtz and Kemeny membangunkan versi pertama Sistem Pengongisan Masa Dartmouth, sebuah sistem pengongsian masa untuk kegunaan universiti, serta juga bahasa BASIC[B]. Beliau kemudian menjadi pengarah kepada:
  • 1966 - 1975: Kiewit Computation Center, Dartmouth;
  • 1975 - 1978: Office of Academic Computing;
  • 1980 - 1988: Program Sistem Komputer dan Maklumat di Dartmouth, sebuah program siswazah berbilang disiplin untuk mengembangkan pemimpin sistem maklumat bagi industri.
Selepas itu, Kurtz kembali kepada pengajaran penuh masa sebagai Profesor Matematik, dengan tekanan pada statistiks dan sains komputer.

Kurtz juga pernah bertindak sebagai Pengerusi Majlis dan Pemegang Amanah NERComP serta juga menganggotai Panel Pierce bagi Jawatankuasa Penasihat Saintifik Presiden. Beliau juga berkhidmat dalam jawatankuasa pemandu untuk projek CONDUIT dan persidangan CCUC tentang pengkomputan pengajaran. 

Sumber : http://ms.wikipedia.org
Share:

0 Post a Comment:

Posting Komentar

My Channel

Podcast

MY SCHEDULE

Contact Us

Nama

Email *

Pesan *

Blog Archive

Diberdayakan oleh Blogger.